adik saye suroh saye tutup je blog nie,,sbb xde post baru!
hahaha...saye perlu berehat seketika.
disebabkan saye perasan kebanyakan post saye berkisarkan kutukan dan kritikan,
dan kalau saye terus menulis pun mesti akan ada unsur yang sama memandangkan kebanyakan perkara yang berlaku di sekeliling saya memualkan..
contoh nye majlis anugerah yang mengambil ally iskandar n rcw sebagai pengacara. lansong tidak masuk dek akal.. rcw sudah kelihatan seperti robot yang dikawal penulis skrip,,rcw tidak bersalah..sebab die telah memberikan yang terbaik,malangnya yang terbaik dari insan yang tidak berbakat lansung menjadi pengacara ternyata tetap akan gagal.dan kesalahan ini datang daripada insan yang mengabaikan kepentingan kualiti daripada populariti.
sama lah halnya dengan meletakkan fizo omar sebagai pengacara nasi lemak kopi o..
fizo mungkin pelakon yang baik,mungkin jugak tidak..saya x pasti. sebab saye tidak menonton banyak lakonan fizo. tapi yang pasti fizo gagal sebagai pengacara..ade 1 segmen yang membabitkan wanita dalam dunia permotoran..dan sangat2 memalukan apabila fizo terkulat2 semasa mendengar jenis2 motor berkuasa tinggi yang disebutkan.adalah wajib bagi setiap pengacara untuk menguasai ilmu yang bakal disampaikan kepada penonton. tapi ini juga bukan salah fizo.,kerana die memang bukan dalam bidang tersebut, die hanya seperti kambing hitam yang diperluan untuk menaikkan rating rancangan bual bicara tersebut.
namun begitu artis2 yang mengelar diri mereka sebagai pengiat seni ini perlulah lebih bertanggungjawab dengan bayaran mereka yang sangat mahal maka tidak baik jika memberikan hasil yang cukup makan seperti melepaskan batuk di tangga. jika mereka sudah menerima tawaran tersebut sepatutnye mereka perlulah membuat homework untuk mempertingkatkan hasil kerja dan karya mereka.
see...akhirnye kte kritik org lagi siap gune bahase sopan lagi!
bajet macam retis2 tuh nak bukak blog kte..hahahha...
2 yang kte malas nak update tuh..lagipun sekarang kte dah ade diari,boleh tulis macam2 tanpa perlu tapis macam kat blog nie..kikiki..
blog nie dah membawa impak negetif sebenarnye kat kte..sebab lepas kte buat ape2, kte dah berangan ayat2 untuk tulis kat blog, x pasal2 kte dah jadi kuat berangan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan