Isnin, 28 April 2014

andai takdir tertulis dalam buku

atikah akhir pada 15 tahun dulu seorang budak yang pemalas,
setiap pagi akan memeluk kaki emak n merayu
"mak .. tolong lah hari ni alang x nak pergi sekolah, kerja sekolah x siap. nanti cikgu marah"
setiappp pagi. atau mungkin berselang sehari. mungkin.
namun takdir melatakkan aku di sekeliling pelajar pintar dan gigih mencorak masa depan semasa aku melangkah alam sekolah menengah.
aku tidak berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang masa upsr. langsung tidak.

apabila aku dicampakkan di sekeliling pelajar pntar, aku malu.
untuk menghilangkan rase malu, rase bodoh. aku berubah.
sejak itu aku berusaha untuk menjadi seperti mereka.
namun perubahan itu...
selepas perubahan itu pmr,spm, setiap sem diploma . oh pengecualian pd semesta 4 dan 6. cuma 2 itu.
yang lainnya aku menangis. meraung. macam dunia aku hancor. mase depan aku gelap apabila keputusan aku x mencapai tahap yang ditarget.

dan kini aku tak tahu setiap titisan air mata aku untuk apa.
hidup aku sekarang?
berbaloi ke?
dan siape aku 5 tahun lagi?
masih ke di takuk ini.

cukupke usaha dan doa aku untuk meletakkan aku sekali lagi sebaris dengan kawan kawan aku yang dalam larinya meninggalkan aku.

mampu ke aku nak berhadapan dengan insan yang pernah satu ketika dulu beranggapan masa depan aku lebih gemilang dari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan